Utama
Menu Utama
Utama
Maklumat Asas Sekolah
Berita
Akademik
Kokurikulum
PIBG-Komuniti
Student Corner
Hubungi Admin
Carian
KPM
Administrator
Email Admin
Daftar Pengguna





Hilang Katalaluan?
Tiada akaun lagi? Daftar
Syndicate
Statistik
OS: Linux d
PHP: 5.2.5
MySQL: 5.0.67-community
Masa: 00:02
Caching: Disabled
GZIP: Disabled
Ahli: 5
Berita: 10
Capaian Web: 5
Tukar Tema
cd_corp_green
Tahniah

Tahniah kami ucapakan kepada pihak sekolah atas kejayaan mendapat 16 orang 5A dalam UPSR 2008.

Semoga kejayaan ini mendapat dorangan dan semangat kepada murid-murid yang menghadapi UPSR pada tahun 2009.

Tahniah.........

 
Selamat Datang
SELAMAT DATANG KE HALAMAN SK SUNGAI LIMAU, 45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR, MALAYSIA.
 
SK Sg Limau
Sejarah
Ditulis oleh Mohamad   
Tuesday, 02 October 2007

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

 

                Pada pertengahan tahun 1946, orang-orang kampung telah bermuafakat untuk mendirikan sebuah sekolah demi untuk membolehkan anak-anak mereka dapat mengenal huruf dan mempelajari selok-belok agama islam.

 

                Bangunan sekolah ini telah didirikan diatas sebidang tanah yang luasnya kira-kira 0.72 hektar sumbangan Tuan Hj. Hashim Bin Ronosentono selaku ketua kampung ketika itu. Beliau juga adalah merupakan orang yang paling bertanggungjawab dalam pembinaan sekolah ini.

 

                Setelah bangunan sekolah ini siap pembinaannya, ianya terbiar begitu sahaja selama lebih kurang setahun lamanya. Masalah besar yang dihadapi ketika itu ialah ketiadaan murid dan ketiadaan guru sebagai tenaga pengajar. Hanya pada tahun 1949, atas usaha gigih Tuan Haji Hashim selaku ketua kampung telah mendapatkan seorang guru iaitu En. Salimon Bin Haji Yunus. Dengan kedatangan guru tersebut maka persekolahan dapat dijalankan dengan muridnya seramai 120 orang ( jumlah keseluruhan bagi 1 tahun ).

 

                Keadaan pertambahan murid ini telah menyebabkan keadaan belajar yang kurang selesa dan En. Salimon telah meminta jasa baik Tuan Haji Hashim untuk memujuk En. Salikon bin Mufrad untuk bertugas disekolah ini. Meskipun pada mulanya En. Salikon merasa keberatan, namun kerana mengenangkan inilah satu-satunya cara untuk beliau berkhidmat kepada bangsa maka akhirnya beliau bersetuju.

 

                Pada masa ini sekolah ini lebih dikenali dengan panggilan sekolah Fardhu Ain kerana pelajaran agama adalah dititik beratkan disamping pelajaran membaca & menulis. Setelah enam bulan sekolah ini berjalan dengan lancar, sekolah ini telah didatangi oleh Guru Pelawat Sabak Bernam dan menasihatkan supaya nama sekolah ini ditukar sekolah Melayu dan didaftarkan. Maka sejak dari itu sekolah ini terus didaftarkan dan ditadbirkan dibawah pengawasan Pejabat Pelajaran. Seorang guru besar telah dihantar bertugas iaitu En. Mohd Thani Bin Arif.

PERLUNYA DIDIRIKAN SEKOLAH DIKAMPUNG INI

 

                Memandangkan sekolah-sekolah yang ada ketika itu agak jauh dari kampung ini, maka Tuan Haji Hashim telah memikirkan bahawa dikawasan ini perlu didirikan sebuah sekolah demi untuk kemudahan anak-anak penduduk kampung ini mungkin tidak terjamin sekiranya anak-anak penduduk kampung ini terpaksa belajar ditempat yang jauh. Selain dari masalah itu, kedudukan kampung ini yang terletak diantara kampung-kampung yang berdekatan juga mempengaruhi penubuhan sekolah ini. Kampung-kampung yang terlibat adalah Kampung Tebuk Marso,Kampung Parit Chabang, Kampung Baroh dan Kampung Parit 1,2 dan 3.

 

 

Terakhir dikemaskini ( Thursday, 27 November 2008 )
Baca lagi...
 
Salam Kunjungan
Ditulis oleh Mohamad   
Saturday, 29 September 2007

 Image Image

Halaman ini baru siap diinstallasi. Proses pengisian data dan maklumat untuk informasi melalui halaman ini sedang giat dijalankan. Harap anda sabar dan akan berkunjung lagi untuk mendapatkan informasi tentang kami menerusi halaman web ini.

Salam kunjungan.

Admin. 

 

Terakhir dikemaskini ( Thursday, 27 November 2008 )
 
 
Berita Baru
Guru Besar
Sekolahku
Slide Show Pict
Lady-Beetle.com
Tinjauan
Anda sukakan halaman ini
 
Sekarang ditalian